Photobucket photography Photography Photography,Art,Book,Drawing

hingga ke akhir ayat.
biografi.
Nurul Syahirah Binte Abdul Rashid 3M2.
mungkin aku bukan yang termasyhur, tetapi aku tetap aku, mengharungi hidup jejak demi jejak dalam perjuanganku mencari ilmu.
katanya.
memori.


cikgu sazali. hafiz. fuad. safwanah. shafa. farhanny. farhanah.
loved child of the earth makan paul. @5:28 AM
merunduk - menunduk.
larak - sejenis tumbuhan (pokok memanjat).
pelangkah - permulaan sesuatu pekerjaan (pelayaran, tindakan, dan lain-lain).
pacat - nama sejenis binatang melata seperti lintah tetapi lebih kecil dan gemar menghisap darah.
terlangkup - terlingkup (perahu dan lain-lain).
terselembik - terlantar, tidak mengikut cara yang ditetapkan.
terserandung - tersampuk kaki pd akar dll ketika berjalan; ter­sandung.
mengkerekah - tidak boleh duduk diam.

WUUUUUUUUUUUU LAAAAAAAAAAAAAAAAAA!


Wednesday, July 14, 2010
kembali.

sajak rekaan gue. @12:59 AM
mula: 3:59pm.
akhir: 4:59pm. (termasuk masa makan tengahari HEEHEE)

Kekosongan.

Aku menulis sajak ini dalam keheningan malam,

apabila aku dilanda kegelapan dalam kecerahan bintang-bintang.
apabila bunyi cengkerik menemani.

Di sebelah lampu minyak tanah ini,
aku menunggu keceriaan wajahmu,
kata-kata indahmu.
Aku menunggu auramu untuk selubungiku lagi.
Aku rindu waktu kau dan aku bermain di bawah pokok kelapa,
meniru babak-babak hindustan.
Aku rindu waktu kau dan aku duduk di sini
dan berborak tentang apa sahaja yang tersirat di dalam hati.
Di sebelah lampu minyak tanah itulah aku menunggu.

Tapi ada sesuatu tentang angin malam kala ini
yang memberanikanku untuk
mematikan api lampu ini.

Memang aku mempunyai rakan-rakan yang lain
,
namun mengapa hatiku menjerit kekosongan?


ini BUKAN sajak cinta. terima kasih.


Sunday, April 4, 2010
kembali.

tulang anak bertuah itu hancur musnah dan keadaannya setengah mati apabila saya menjumpanya di dalam kamar kecil. @11:22 PM
CONTOH HIPERBOLA
  1. setengah mati.
  2. hancur musnah.
CONTOH EUFEMISME

  1. kamar kecil.
  2. anak bertuah (?)


Saturday, April 3, 2010
kembali.

Mencerakinkan Puisi- Gurindam Dua Belas Raja Ali Haji. @6:15 AM
Gurindam Fasal Yang Kelima.

Pada baris pertama dan kedua, ia menyatakan bahawa orang berbangsa amatlah cinta kepada budi dan bahasa dan mengamalkannya setiap hari. Mereka bangga akan budi dan bahasa. Kedua-dua ini adalah perkara-perkara utama yang menjadikan suatu bangsa yang kukuh.

Pada perenggan kedua, ia menyatakan bahawa orang yang bahagia akan sentiasa menghargai setiap detik hidup supaya seseorang itu tidak akan menyesal di belakang hari. Orang yang berbahagia akan sentiasa bersifat positif dan akan selalu memelihara saat-saat yang sia-sia mahupun yang bermanfaat. Mereka akan beringat setiap waktu dalam hidupnya.

Pada stanza ketiga, ia menyatakan perbuatan seseorang itu yang menentukan kemuliaan seseorang itu. Perihal beliau tidak boleh dinilai oleh rupa beliau. Mungkin seseorang yang tidak sempurna rupanya, amat baik hati dan berbudi bahasa tetapi seseorang yang sempurna dan jelita rupanya mempunyai perihal yang buruk.

Stanza keempat mengatakan bahawa orang yang bijak dan mempunyai banyak ilmu pengetahuan akan sentiasa berjuang untuk mendapatkan ilmu yang lebih. Seperti di kelas, jika seorang murid itu tidak begitu faham akan apa yang diajar oleh gurunya itu, dia harus bertanya untuk mendapatkan ilmu, tanpa berasa segan atau malu. Di rumah pula, beliau harus belajar dengan sukarela. Beliau harus berkorban untuk mendapatkan ilmu, supaya dapat menjadi lebih bijak.

Stanza yang keliama mengatakan bahawa orang yang bijak mengutamakan keutamaannya dan mengambil tindakan yang bijak akan tinggal dunia ini dengan senang. Ia menyatakan orang yang bijak dan rajin membuat perkara yang berfaedah dan sering beribadah, tentu akan dihadiahkan pahala yang berlipat ganda. Pahala-pahala inilah yang akan menjadi bekal daripada dunia untuk digunakan di akhirat.

Stanza terakhir menyatakan bahawa perihal mulia seseorang itu dapat dilihat dan dinilai oleh kelakuan orang-orang yang sering bersamanya. Kelakuannya dapat dicerminkan, walaupun buruk atau baik. Contoh, jika seseorang itu baik sekalipun, jika dia sering meluangkan masa bersama mereka yang berkelakuan yang tidak senonoh, beliau pasti akan terpengaruh. Walaupun sedikit, ia dapat merosakkan perihal seseorang itu dan mungkin beliau akan terdorong untuk melaksanakan perkara-perkara yang tidak bermanfaat itu.


Sunday, March 21, 2010
kembali.

panduan hidup. @5:23 AM

Ingat, hidup ini tiada kesalahan, hanya pengajaran.
cintailah diri sendiri, yakin dalam pilihan
dan tiada apa yang mustahil.



Sunday, January 31, 2010
kembali.